
Hari ini saya berlegar-legar di Carefoure Wangsa Maju
Bukanlah ingin membeli belah, tetapi sekadar menjamu mata dan mengisi perut yang kosong apabila tiba masanya. i.
Sedang menanti Teman yang dijadualkan makan bersama, Diana, disebuah Cafe.
Sekumpulan pelajar yang sedang rancak berborak.
Sedetik kemudian, saya terdengar salah seorang daripada mereka bertanya
"Zarif bukan nama sebenar)mak kau tk bising ke tgk love bite kat leher kau tu?"
Lantas dia menjawab "Aku bilang sama mak aku, Ini si Joe (bukan nama sebenar) main cubit2 kat leher aku sampai merah macam tu?" Lantas mereka ketawa berdekah-dekah bersama.
Sambungan dari pada perbualan mereka tidak perlulah saya perincikan lagi. Mmg tidak sesuai diterjemahkan di sini.
Apa yang igin saya ketengahkan disini adalah 'bagaimana dengan bangganya Zarif (bukan nama sebenar) dengan bangganya berkata "aku mmg mintak Arisa buatkan disini"
Astagfirullahhal azimmmm......
Beristigfar panjang saya di dalam hati. Budak sekolah mempunyai love bite di leher dan tersangatla bangga dengan love bite nya itu. Bagi mereka yang dah berkahwin dan halal pun ada segan silunya mempunyai love bite di leher. Masih ingat lagi teman di pejabat saya yang baru berkahwin sehingga sanggup menampal koyop di leher kerana malu dengan love bite yang berada di lehernya..
Tetapi...
Mereka, budak yang masih di bawah berumur, masih bersekolah, dengan bangganya menayangkan untuk khas dipertontonkan oleh teman2 sebayanya.
Mujurlah dia tak diserang stroke atau dilumpuhkan ketika aksi love bite berlangsung. Jika tidak sudah pasti satu episode baru bakal tercipta.
Kemusyikilannya disini sekiranya jika pasangannya membuat love bite dilehernya pasti ada tindak balas yang serupa pada pasangannya juga? Dimana?
Moga Allah pelihara seluruh keturunan kita daripada aksi sebegini............
>> takut dengan dosa2 dan balasan ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan