Sekadar Renungan

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain, Tetapi Menjadi Diri Sendiri. Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi.
Jika "Dia" Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita
Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita..

My Beloved Friends

Selasa, 3 Mei 2011

Ketenangan

Didalam photo ini : Dj Ibumisali
Pernah dgr peribahasa ini?

"Kadangkala Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat, Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya mentari, Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang cantik sekali...."

Aku pernah menasihati seorang adik merangkap seorang kawan berlandaskan peribahasa ini. Sebagai manusia khususnya kita sepatutnya wajib sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Apa yang telah di aturkan dalam kehidupan kita adalah yang paling terbaik dalam hidup kita. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan apabila dia ambil sesuatu yang baik dari kita. Sebenarnya DIA telah sediakan yang lebih baik dari itu.
Bak peribahasa ini... Dia turunkan petir dan kilat... kita menangis... rupanya selepas hujan itu kita dihadiahkan pelangi yang cantik sekali.... Ini menandakan betapa ALLAH sayangkan hambanya.

Bila terkenangkan peribahasa ini, aku seolah2 tersenyum sendiri. Kehidupan ini umpama roda. Terkadang kita di atas, dan terkadang kita berada di bawah. Kita tentu berasa sedih tatkala kita berada di bawah. Berusaha dan ikhtiar lah supaya kita berada di atas semula.

Kehidupan ini sebenarnya penuh dengan ranjau dan duri. Selagi manusia dinamakan manusia, inilah kehidupan. Manusia dikurniakan nikmat dan anugerah yakni rasa gembira, bahagia, suka dan duka dan ini lah asam garam dalam kehidupan.

Apapun yang terjadi dan apa yang ada perlu disyukuri. Dan sering manusia alpa dan jarang mensyukuri nikmat yang dikurnaiakan. Masih tergiang2 kata seorang teman " bila dia ada, kita jarang mensyukuri, bila dah tiada baru la kita sedar, saat tu kita da pun kehilangan dia"

Apapun hidup perlu diteruskan. Yang bahagia cuba kekalkan kebahagiaannya. Dan yang kecewa, bangkitlah semula untuk memulakan kehidupan agar kisah duka yang lalu tidak menghalang untuk kita bahagia semula.

Cuma satu yang perlu kita ingat....

"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cinta nikmat yang diberikan....."

>> usah menyerah mencari ketenangan... ia sebenarnya berada dalam diri kita sendiri....

Tiada ulasan:

Popular Posts

Anda Di awasi