Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita..
My Beloved Friends
Selasa, 13 Oktober 2009
Invisible
Ada hal penting perlu dibereskan...
Semuanya dalam keadaan baik...
InsyALLAH Juhana Jiha akan kembali lagi.... Cuma tk tahu berapa lama lagi.
>> ampun maaf dpinta kepada semua.....
Selasa, 8 September 2009
Bonus Raya

Rasanya hari ini semua pekerja
Dan jadi ruper cam kerang busuk
Semua senyum sampai ke telinga jerk....
Apa idaknya dapat "Durian Runtuh" yang tk di sangka...
Alhamdullillah
dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang
Semua pekerja masih mampu dihargai
dengan 2.5 month bonus....
Agak menakjubkan dalam keadaan ekonomi sekarang
Dimana lain2 kampeni sibuk mahu mengecilkan operasi
Dan mahu membuang pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan...
Alhamdulillah raya tahun ni lebih bermakna lagi kut....InsyaALLAH
>> Salam Ramadhan Al-Mubarak & Maaf zahir dan batin...
Rabu, 26 Ogos 2009
H1N1 vs Batuk, Demam & Seleselma
Da seminggu demam, batuk dan seleselma...
Badan pun macam lemau
da ruper biskut 4 segi yang dicicah teh 'O'
Rasa macam nak pergi jumpa doktor sebab terpk H1N1
tapi tak tau nape urat kemalasan makin menjadi2...
selalunya paling pantas take action nk jumpa doktor...
now...
telan panadol + rest jerk
<< da 4 hari tak keje.... rindu opis lee...
Jumaat, 14 Ogos 2009
Berakhirnya Di SINI....
Begitu juga dengan sesebuah perhubungan. Cara dan bagaimana perhubungan itu berakhir itu adalah rencana yang telah ditetapkan oleh Yang Esa. Tetapi apa yang kita perlu ingat, sesuatu yang baik Yang ALLAH ambik dari kita, DIA dah sediakan yang lebih baik dari itu.
Oleh yang demikian REDHA dalam kehidupan itu adalah penting. Dengan REDHA kita akan dapat menerima segala ketetentuan ALLAH yang telah ditetapkan kepada kita.
Hidup perlu diteruskan, bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Khalifah di atas muka bumi ini…..
>> Innalillahiwainnailaihirajiun... satu berita yg amat menyedihkan. perginya seorang ikon nasyid negara.
Al-Fatihah buat allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Salam takziah buat seluruh keluarga beliau.

sekadar gambar hiasan
Rabu, 3 Jun 2009
Batuk 4 Ever
Memang memeritkan
Till today still batuk2..
walaupun da hampir 2 minggu dah...
Sakit dada dibuatnya....
Bila batuk2 tak berhenti...
Dah bergelen2 ubat batuk yang aku telan..
Hasilnya tetap sama...
Batuk tetap tak boleh berhenti....
Ada yang kasi petua...
Minum madu + limau nipis...
Da cuba juga but tak berhasil..
Mana la tahu kalau korang ada idea yang bernas
Nak ilangkan batuk ni..
Jgn la malu2..
Iktiar mana yang terdaya....
>> sakit dada nih...
Sabtu, 30 Mei 2009
2nd Admit@Ampang Putri
Doktor nasihatkan rest kat wad
Sebabnya aku tk leh control diri
Rest di rumah...
So doktor yang baik hatinya tu..
Rantai kaki aku..
Paksa aku tinggal kat spital
Di bawah pengawasannya...
Teruk sangat ke sakitnya...
Tak kut...
Tapi doktor tu iyyer2 nakkan aku tinggal di sana...
Apa agenda dia...
Jeng Jeng jeng...
Tak baiknya berprasangka buruk pada insan lain...
Kwang kwang kwang...
Moral of the story....
Kalau sakit makan ubat...
Jgn degil... nanti susahkan diri sendiri...
Kalau tk sihat... rehat... jgn degil nak keje jugak...
Kalau sakit.. sape susah..
Diri sendiri jugak kan....
Korang jgn ikut cam aku...
Yang baik jadikan teladan..
Yang tak elok.... Letakkan sempadan
Supaya tak keruan...
>> Bosannyerrrr.....
Rabu, 20 Mei 2009
Nokia 5800 Xpress Music

Hp baru ku....
Disebabkan hp lama da noneng...
Aku terpaksa la membazirkan duit yang tersedia ada
Untuk Mendapatkan Hp baru ini....
Masih lagi explore macam mana nk pakai...
Disebabkan canggih sangat...
so aku masih mengali2 untuk explore macam mana nk guna nih...
Tapi macam tk de masa..
Balik rumah je da penat...
Macam best je...
Tapi tk sempat la nk godeh2 huhuhu...
Ada plak sorang teman aku nih..
ada ke aku baru beli dia nk beli dari aku...
Aduh...
Gi la beli kat kedai nuuu...
Degil betul tu...
tiap ari call nk hp aku nih..
Geram bangat seh...
Tak paham enggak...
Aku speaking indon kang...
Huhuhuhu Hampeh jerkkk....
Layanz jelah....
>> pala pusing nih
Ahad, 17 Mei 2009
Bz Tahap Gaban
Memang bz. Tak dapat nk ucapkan dengan kata2 hanya sekadar mampu mengetuk papan kekunci. Adeh… berat sekali. Kerja overload yang tk pernah2 berhenti. Memang banyak. Banyak tak terkira.
Boleh jagi giler nih….
>> sakit di setiap inchi badan
Sabtu, 16 Mei 2009
Cinta Terbiar

Jom layann.. Lagu ni....
Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan dibaluti kerinduan
( korus )
Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran
Cintaku cinta yang terbiar
Hidupku tidak seindah impian
Luka itu amat memedihkan
Resah itu amat membosankan
Kekecewaan amat deritaNamun ada kenangannya
Cintaku cinta yang terbiar
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Cintaku cinta yang terbiar
Jatuh tersungkur di pinggir luka
Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan lara dibalut kerinduan
Cinta itu amat mengasyikan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran
Apalah ertinya cinta yang terbiar
Bagai biduk hanyut di lautan
Apalah dayaku jodoh tiada
Sudah suratan takdirnya begitu
>> Cinta buat kita bahagia dan terkadang buat kita sengsara....
Sabtu, 9 Mei 2009
Hari Ibu
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. . mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..! . mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil.... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
>>Selamat Hari ibu aku ucapkan pada my beloved mum zaleha… my marbeles ibu kamisah… Moga mummy and ibu dikurniakan kesejahteraan di bawah lindungnya.. dan sihat sejahtera AMIN…
Jumaat, 8 Mei 2009
HAPPY BDAY 080509
So di sini aku ingin mengucapkan selamat hari Lahir to My Marbeles Bos. Sian dia. Tk de orang ingat ari ni birthday dia. Kwang kwang kwang.... Bunyi macam sedangkan meluahkan perasaan jerk... Heheheh Cian kan...
Moga bos dipanjangkan umor... dimurahkan rezeki, dikurniakan kesejahteraan di dunia dan akhirat AMIN.
iklas dari pekerja yang cemerlang kwang kwang kwang....
>> balik nak tido penat seh keje....
Jumaat, 1 Mei 2009
Admit@Ampang Putri
Atau sakit sebab miss something kut…. Huhuhu
Apapun Alhamdulillah da sihat sekarang. Cuma perlu banyakkan rehat, kurangkan berfikir. Banyak fikirpun boleh merangsang otak kita menjadi hypertension. Jika keadaan tak terkawal boleh menyebabkan kondisi badan kita tak ketahuan jugak lah.
Mengikut nasihat doctor, kena banyakkan rehat. Jgn lupa makan ubat dengan teratur. Tido yang cukup. Makan yang sempurna… bla bla bla banyak lagi la nk pk apa doctor hensem tu cakap.
Apapun minggu depan perlu dapat rawatan lanjutan….
>> nk rest secukupnya….
Khamis, 30 April 2009
Critical Job
But today..... im very hepi. Macam ada satu batu yang besar dikeluarkand dari kepala. Settle dah akhirnya.Kepenatan berulang alik naik tangga turun tangga.. acttually bukan tangga la.. lif... kwang kwang kwang... berulang alik dan berrdiskusi dengan pihak government. Lastly membuahkan hasil. Dapt meraih pengecualian cukai lebih RM100 Ribu. Dapat menjimatkan duit syarikat… Bagus. Moga2 dapat lah kami tahun ni bonus… muehhehehe
Bila cite pasal keje… Macam2 kan. Tah bila nk habis. Selagi masih idup kenala keje. Untuk mencari sesuap nasi… Apapun jika ada masalah… Tk perlu rasanya biarkan masalah tu membelenggu hidup… Jalani hidup seperti biasa dan biarkan masalah tu berlalu dengan angin… Boleh gitu? Muheheheh
Kadang kala cakap tu mudah tapi nk lalui tk seperti yang diucapkan kan? Apapun mohonlah kemudahan darinya agar kita dapat melaluinya dengan mudah… sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun kita pasti dapat selesaikannya….
>> malam ni nk tido puas2
Isnin, 27 April 2009
Elergik/Alahan
Elergik!
Elergik ataupun 'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'.
Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk.
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.
Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.
Mati? Adeh....
Tetibe jer aku kseseluruhan badan aku gatal2 + bengkak. Da pegi doktor. Doktor mengesahkan aku alaha pada sesuatu. Dan aku sendiri tidak tahu ape benda yang aku alahan. Selama aku hidup aku makan apa saje. Termasuklah batu ngan besi.. Hehehe Jambu Batu & Belimbing Besi ler...
Dah jumpa doktor satu hal, sebeban ubat yang kena telan. Plus batuk2 yang tk henti. Penat dibuatknya (Adakah aku tgh meluahkan perasaan) Hehehehe
>> hari ini start keje... yang menimbun2... penat sehhh
Khamis, 16 April 2009
Hari ini
Tapi bila pk balik. Tak pelah. Dah keje.. hehehe nk buat macam mana kan. Mana ada masalah yang tk de jalan penyelesaiannya kan. Kecuali lah kalau kita lari dari masalah tu. So mmg takkan dapat selesai sampai biler2 pun.
*******
Pagi2 ni plak datang opis je. Tetiba ada sesuatu kat atas meja. Kalau Tuan or Puan or Cik or Encik yang terbaca pengumuman kat sini. Datang la semula ambil barang anda yang tercicir. By the way disebabkan kerana kesian kan keseoarangan so dia dah dapat kawan baru. Tapi kan entah2 ada orang sengaja nk kasi ke saje2 tinggal. Kalau nk kasi letak ler nama. Senangla aku nk ucap terima kasihkan... Tetapi kalau tertinggal jgn la plak memalu nk datang ambil balik.... Huhuhu
kalau wat peluk sedap nih
Tgk tu... isk isk isk
>> malam ni nk tido lena....
Isnin, 13 April 2009
Hargai
Indahnya Ciptaan TuhanKadang2 manusia ni...
Tah lah...
Jika kita tiada.. beriyer2 mahukan kita ada..
tapi bila kita ada didepan mata..
macam no meaning or tk de makna..
tk pernah nk menghargai..
tak pernah nak mengsyukuri...
bila ianya tiada... ianya hilang..
waktu tu barulah rasa kepentingan kehadiran seseorang tu...
Cuba kita kaji kisah dan teladan...
Selepas Tuah tiada..
Ketika itu barulah Sultan nk memikirkan kepentingan serta kehadiran Tuah
Yang selama ni langsung tk ada peranan di matanya..
Begitulah manusia...
Ianya selalu..
Alpa...
Lupa...
dengan nikmat yang dikecapi...
kerana manusia ni jarang nk mengsyukuri...
Oh Manusia....
dan
Hilang menyepi......
>> terkilan dengan sifat manusia yang berada sekeliling... paler plak berdenyut2 jerk...
Selasa, 31 Mac 2009
Anaconda@Malas Keje
Sekadar Gambar HiasanLagipun besok nk cuti. Aku kena settlekan keje. Tapi aku da jadi macam anaconda. Sejuk + ngantuk. Kalau berlengkor macam anaconda. Perghh mmg sedap. Kenapa aku jadi begini? Huhuh Adakah kerana aku kepenatan sesudah beberapa minggu ini aku bertungkus lumus sehingga aku boleh dicalonkan sebagai pekerja cemerlang. Wawawa. Layakkah aku.
Ok pun da tk tau nk taip ape. Dari aku merepek kat sini. Baik aku balik untuk keje semula. Daaa
>> Sejukkkk....kalau tido sedap nih... hehehe
Sabtu, 28 Mac 2009
Busy@Giler Kejer
Khamis, 12 Mac 2009
Sessi Luahan Perasan
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat susah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat payah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat perit,
Dugaan kehidupan kadangkala membuat aku menangis....
Kadang-kadang kita terpaksa menjadi susah
Supaya kita belajar menjadi tabah
Kadang-kadang kita terpaksa jatuh
Hanya untuk menjadi ampuh
Kadang-kadang kita terpaksa berduka
Untuk mengenal erti gembira
Kadang-kadang kita terpaksa merasa sunyi
Supaya diri lebih menghayati
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Hanya kerana rasa benci pada diri sendiri
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu apa yg aku cari
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku amat keliru
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu mensyukuri.. .
Ya Allah Ya Tuhan ku,
Jika kepayahan ini dugaan Mu,
Jadikanlah hambamu ini lebih tabah,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika kesedihan ini untuk menguji imanku,
Jadikanlah aku lebih mensyukuri nikmat mu....
>> Jiwa ku kacau.....
Isnin, 9 Mac 2009
Salam Maulidur Rasul @ Hepi Besday 090309
Kepada dia kekasih ALLAH
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Diakhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesunggunya apa yang ku dambakan
Adalah cinta ALLAH yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada ALLAH
## Tajuk : Dia kekasih ALLAH
## Penyanyi : Hijjaz
Me & kawan opis (Lokasi : Wangsa Maju Office)
>> Salam maulidur rasul kepada semua@Hepi Birthday to Me & My Abah@090309. Moga abah panjang umur dan dimurahkan rezeki bahagia di samping anak2 dan isteri (bondaku) tersayang.... (bestkan kalau besday sama ngan bapak sendirik... hik hik hik)
Sabtu, 7 Mac 2009
Sabarlah Hati
Berbagai onak ranjau aku harungi...
satu demi satu..
aku lalui dengan tabah walaupun dalam diam memakan diri sendiri.
Satu persatu tindakkannya memilukan hati ini...
namun.....
aku sedar kita manusia tidak dpt lari dari sumer ini,
lalu ku kutip semula satu persatu hati yg lama sudah berkecai,
ku susunkan semula bagai kaca yang pecah,
namun semua itu sia sia,
kerna manusia sebegini tidak pernah rasa puas...
hrmm ye tidak pernah rasa puas ...
dengan ape yang dia ada,
kehancuran teman jua yang di ingininya...
Duhai insan 'istimewa'....
mengapa aku sering kau sakiti...
mengapa aku jua yang kau duga...
dgn berbagai karenah mu,
tiap karenah mu ku tetap bersabar...
kerna ku tau tiap perbuatan ada balasan dari yg maha esa.
Sedarlah manusia,
kau lupa siapa dirimu,
terlalu kecik berbanding dia yang Maha Esa,
tidakkan kau merasa malu dengan perbuatan mu,
memalukan teman tanpa segan silu
hrm.....bersyukurlah engkau...
kerna aku masih memaafkan diri mu...
manusia dan dunia tidak dapat di pisahkan,
kenikmatan yang telah di beri tidak pernah kau hargai..
sungguh malang manusia serupa ini,
tidak mengenal erti bersyukur,
entahlah.....
aku hanya bleh berserah dan berdoa,
agar hati ku ini senantiasa tabah dengan segala karenah dunia,
yang selalu menyakitkan hati...
hasil karya : Tulipz
>> sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Dan sehingga hari ini aku masih tetap bersabar.....
Rabu, 4 Mac 2009
Surat Untuk A.K.U
cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
Surat ini kutujukan untuk hatiku...
Perkara yang dilakukan
Padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil...
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku....
ketika seringkali mengeluh..
Menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan...
Kelelahan serta kepayahan yang dirasakan
mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk ruh-ku..
Serta membiarkan fitrahnya tertutup...
Oleh maksiat yang dinikmati...
Terabailah sudah nurani yang bersih...
Saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka...
Cuba lihat disana!
Surat ini kutujukan untuk diriku...
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa
bergulat terus dengan kefanaan
Surat ini kutujukan untuk hatiku...
saat tiada rasa takut padaNya
Berdosa ketika menzalimi diri sendiri
Dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya....
meskipun sedikit..
Cahaya itu hingga ia dapat menerangi
Wajah-wajah di sekeliling...
hanya dengan kekuatan dariNya "
pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu....
Ahad, 1 Mac 2009
Maia/Ratu -:: I.N.G.A.T K.A.M.U::-

Apakah Ini Namanya Cinta
Begitu Membingungkan
Aku Ini Sedang Jatuh Cinta
Kutanyakan Mengapa Hatiku
ResahHatiku Gundah Semuanya Jadi Serba Salah
Aku Mau Makan
Kuingat Kamu
Aku Mau Tidur
Juga Kuingat Kamu
Aku Mau Pergi Kuingat Kamu
Ooo Cinta Mengapa Semua Serba Kamu
Aku Sedang Bingung Kuingat Kamu
Aku Sedang Sedih Juga Ingat Kamu
Aku Sedang Bosan Kuingat Kamu
Ooo Cinta Inikah Bila Ku Jatuh Jatuh Cinta ...
Semua Tertawa Lihat Tingkahku
Menjadi Tak Menentu
Ini Salah Begitu Pun Salah
Kutanyakan Mengapa
Hatiku Resah,
Hatiku Gundah
Semuanya Jadi Serba Salah
Aku Mau Makan Kuingat Kamu
Aku Mau Tidur Juga Kuingat Kamu
Aku Mau Pergi Kuingat Kamu
Ooo Cinta Mengapa Semua Serba Kamu
Aku Sedang Bingung Kuingat Kamu
Aku Sedang Sedih Juga Kuingat Kamu
Aku Sedang Bosan Kuingat Kamu
Ooo Cinta Inikah Bila Ku JatuhJatuh Cinta...
Kucoba untuk cari jalan
Karena ku hilangkan semua bosan
Tapi kenapa wajahmu slalu
Datang mengganggu...
Apakah Ini Namanya CintaBegitu Membingungkan
http://www.youtube.com/watch?v=5IoD-uR-ryY
>> Lagu orang dilamun Cinta ni.. wowowo
Jumaat, 27 Februari 2009
Dari DIA kita datang & kepada DIA kita Kembali
Perkara yang wajib dihadapi semua makhluk kejadian ALLAH S.W.T
Dan hari ini... tanggal 27/2/2009
Salah seorang Temanku kehilangan bonda yang tercinta
Aku doakan beliau tabah menghadapi
Dugaan ini...
Dan semoga beliau dapat menerima ketentuan ILLAHI
Dan redha atas apa yang telah terjadi...
Bersama ini aku sedekah AL-FATIHAH kepada arwah
Dan mendoakan semoga Arwah ditempatkan
Dikalangan orang2 yang solehah...
AMIN
-AL-FATIHAH
>> menginsafi diri dengan Qadha dan Qadar ALLAH
Sabtu, 21 Februari 2009
Jalan2 Cari Pasal@Mines Resort City
Adegan 2 : Intai2 si ikan di dalam air
Adegan 3 : Mines Crusie Water Taxi
Adegan 4 : Cik Limah Posing Sakan
da habis...
Jumaat, 20 Februari 2009
Jem Satu Badan
Untuk ape?
keje ler...
sambil menyelam minum air
Aku terperangkap dalam jem.....
selama lebih kurang 3 jam.....
Meh tgk photo kat bawah ni...
Signboard tu mengarah ke mana tu (shah alam ke kl ke?)
Bapak polisi sibuk2 aje (eh pesal bertukar sleng nih?)
Nak dijadikan cerita
Waktu balik..
ada la plak Polis nih
dan seangkatan dengan nya
Wat rajin la plak
Buat operasi Road Block (sekatan jalan rayalah)
Mesti sebab Kes Bedul larikan Tipah
Wat pe diorang sibuk2 wat road block kan
Apa lagi ...
Jem giler jalan...
sakit kaki aku....
badan aku....
pinggang aku....
Satu badan aku sakit (adakah aku sedang meluahkan perasaan huhuhu)
Aku sakit sape yang susah?
Aku jugak.....
Bukan polis tu... huhuhu
>> balik rumah terus pengsan tanpa disedari
Gambar ini sekadar hiasan
nota kaki : takkan aku nk letak gambar aku tgh pengsan. Nanti jadi macam kes Elizabert Wong la pulak kan... hihihi)
Rabu, 18 Februari 2009
ISO
Aduh bile pk pasal ISO
mula la otak ni nak jem..
Apa lagi kalau jem..
Terpaksa la aku habiskan duit syiling aku untuk beli roti untuk sapu jem tu...
Puas pk ni...dengan ISO ni...
Sape plak la punya idea nak implement ISO kat kampeni aku ni (eh bukan kampeni aku)
baik punya ngaku kampeni sendiri...hik hik hik
kampeni tempat aku keje untuk mencari sesuap nasi minyak...
Dan Kini aku terpaksa la menyibukkan diri dengan ISO la plak
Dah dapat arahan dari bos aku yang Comey Lote tu
Apa lagi?
keje...
keje....
keje....
keje....

>>> tahun ni kompom dapat anugerah pekerja cemerlang... mihahaha
Selasa, 17 Februari 2009
Aku ada la terbaca petikan ni kat email. Meh kita pakat baca ramai2 lah...Petikan itu berbunyik begini.... Music plsssss
- Facebook telah menjadi homepage internet di komputer atau laptop Anda.
- Anda mengubah status lebih dari dua kali sehari dan rajin mengomentari perubahan status teman.
- Daftar teman Anda sudah melebihi angka 500 orang dan setengahnya hampir tidak dikenal.
- Bila sedang jauh dari komputer, Anda mencek facebook melalui BlackBerry, iPhone, atau ponsel pintar lainnya.
- Rajin membaca profil teman lebih dari dua kali sehari, meski ia tidak mengirimkan pesan atau men-tag Anda di fotonya.
- Anda mengubah profile foto lebih dari 12 kali.
- Anda membaca artikel ini sambil mencek facebook.
- Anda membersihkan "wall" agar terlihat sudah lama tidak masuk ke fb.
- Anda menjadi anggota lebih dari 10 grup dan merespons setiap undangan meski sebenarnya tak berminat
- Anda mengubah status hubungan hanya untuk meningkatkan popularitas di facebook.
>>> aku tak demam facebook sebab tk ske.... hihihi
Ini la Cici & Cupi
Sekadar gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan petikan di atas
Ahad, 15 Februari 2009
BlogKU
Aku pun tak tahu..
Mungkin sebab jari ni tetiba macam terpanggil nk menulis..
Actually bukan menulis..
tapi
menaip kut...huhuh
Lalu terkasil la blog ni.
Apapun apa yang bakal aku kongsi maybe la info or ape2 je aku terasa mahu memblogkannya (Betul ke ayat yang aku pakai ni)
apapun Lu pikir la sendiri....hehehe
Apa yang aku harapkan moga perkongsian ilmu or info di sini sesama la kita dapat memanfaatkan...
Apapun terima kasihlah sebab sudi membaca...
Dan sudi meluangkan masa/membuang masa di sini...
Layanz je la...
Selamat melayari.... :)
Sekadar gambar hiasan
Popular Posts
-
Emmm.... Ada beberapa teman bertanya Kemana menghilang Katanya da setahun lebey YM diofflinekan Ye ker? Setahun lebey ker? tak perasan da se...
-
Batuk... Memang memeritkan Till today still batuk2.. walaupun da hampir 2 minggu dah... Sakit dada dibuatnya.... Bila batuk2 tak berhenti......
-
Kata orang patah tumbuh hilang berganti tapi... adakah yang tumbuh itu kekal sama dengan yang patah kekal sama dengan yang hilang em... mung...
-
Sekadang Untuk Pandang Jer Busy... Aku mmg bz sejak 2 menjak ini. Hinggakan ramai la sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai, yang meru...
-
Hp baru ku.... Disebabkan hp lama da noneng... Aku terpaksa la membazirkan duit yang tersedia ada Untuk Mendapatkan Hp baru ini.... Masih la...
-
Haaaaaaaaa Puas hati aku hari ni.... Puas hati dengan BURGER BAKAR KAW KAW Ape yg KAW? Beratur KAW KAW, Tunggu Lama KAW KAW Daging Tebal KAW...
-
This morning I received a call from our Despatch, says there is have urgent parcel for me As usual, i go to the Document Registrar for colle...
-
Didalam foto ini : Muhd Sadiq (Lokasi Habour Front, Singapore) Pernah tak terasa dlm hidup kita sentiasa ingat seseorg... ingin berbual deng...
-
Ekoran n3 ai sebelum ni, ada yang prihatin plak... Dan ai share lah email beliau erk... Copy paste.. Selamat Melayan~~~ Bismillah, Sebenarny...
-
Stress!! Pernah mengalami situasi ni... aduyai~~~ Me.. mmg tertekan sekarang a.k.a stress Nak dijadikan cerita Me.. kini dapat bos baru di o...
.jpg)



.jpg)
