Sekadar Renungan

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain, Tetapi Menjadi Diri Sendiri. Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi.
Jika "Dia" Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita
Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita..

My Beloved Friends

Selasa, 31 Mac 2009

Anaconda@Malas Keje

Sekadar Gambar Hiasan

Hari ni. Aku macam malas nk keje. Sebabnya aku rasa ngantuk sangat. Lepas tu nk tido tk leh nk tido. Takkan nk bawak tilam bantal datang opis kan. Sekaligus urat kemalasan ku semakin mengembang dan menjadikan aku seperti seekor anaconda.... huhuhu

Lagipun besok nk cuti. Aku kena settlekan keje. Tapi aku da jadi macam anaconda. Sejuk + ngantuk. Kalau berlengkor macam anaconda. Perghh mmg sedap. Kenapa aku jadi begini? Huhuh Adakah kerana aku kepenatan sesudah beberapa minggu ini aku bertungkus lumus sehingga aku boleh dicalonkan sebagai pekerja cemerlang. Wawawa. Layakkah aku.

Ok pun da tk tau nk taip ape. Dari aku merepek kat sini. Baik aku balik untuk keje semula. Daaa

>> Sejukkkk....kalau tido sedap nih... hehehe

Sabtu, 28 Mac 2009

Busy@Giler Kejer

Sekadang Untuk Pandang Jer
Busy...
Aku mmg bz sejak 2 menjak ini. Hinggakan ramai la sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai, yang merungut & merangkap komplen yang aku ni bz. Bz dalam erti kata tk ada masa langsung untuk orang2 ini.
Hakikatnya mmg aku bz. Bz tahap gaban dah ni. Adakah aku bz kerana aku tidak mahu memikirkan masalah yang melengkari hidup. Itu salah satu faktorlah. Untuk aku habiskan masa habiskan waktu aku. Supaya aku dapat melupakan segala kenangan duka dan mahu ingat yang suka aje.. melainkan duka yang datang menerpa. (Apa punya ayat nih)
Dan rasanya2 aku kini da jadi giler keje. Keje keje keje dan keje. Tiada yang lain melainkan keje. Ampun di pinta, sepuluh jari di susun walaupun bukan hari raya. Nak kena mohon maaf zahir dan batin jugak la. Kerana aku tk dapat menjuinkan diri dalam setiap aktiviti yang teman2 aturkan. Alumni baru2 ini dirancangkan sejak 2 tahun lalu pun aku tak dapat menghadirkan diri. Ini semua kerana gara2 aku bz...
Harapannya kawan2, teman2, mak cik2 pak cik2, pak long2 mak long2 jgn la ada yang terguris hati dek kerana diri ku yang bz....Nak buat macam mana kan. Dah nk bz.... huhuhu

>> isk isk bznya. Sib baik tk bz body jerk...

Khamis, 12 Mac 2009

Sessi Luahan Perasan

Sekadar Gambar Hiasan

Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat susah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat payah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat perit,
Dugaan kehidupan kadangkala membuat aku menangis....

Kadang-kadang kita terpaksa menjadi susah
Supaya kita belajar menjadi tabah
Kadang-kadang kita terpaksa jatuh
Hanya untuk menjadi ampuh

Kadang-kadang kita terpaksa berduka
Untuk mengenal erti gembira
Kadang-kadang kita terpaksa merasa sunyi
Supaya diri lebih menghayati

Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Hanya kerana rasa benci pada diri sendiri
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu apa yg aku cari

Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku amat keliru
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu mensyukuri.. .

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Jika kepayahan ini dugaan Mu,
Jadikanlah hambamu ini lebih tabah,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika kesedihan ini untuk menguji imanku,
Jadikanlah aku lebih mensyukuri nikmat mu....

>> Jiwa ku kacau.....

Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul @ Hepi Besday 090309

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih ALLAH
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Diakhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesunggunya apa yang ku dambakan
Adalah cinta ALLAH yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada ALLAH

## Tajuk : Dia kekasih ALLAH
## Penyanyi : Hijjaz


Me & kawan opis (Lokasi : Wangsa Maju Office)

>> Salam maulidur rasul kepada semua@Hepi Birthday to Me & My Abah@090309. Moga abah panjang umur dan dimurahkan rezeki bahagia di samping anak2 dan isteri (bondaku) tersayang.... (bestkan kalau besday sama ngan bapak sendirik... hik hik hik)

Sabtu, 7 Mac 2009

Sabarlah Hati

Sekadar Gambar Hiasan

Berbagai onak ranjau aku harungi...
satu demi satu..
aku lalui dengan tabah walaupun dalam diam memakan diri sendiri.
Satu persatu tindakkannya memilukan hati ini...

namun.....
aku sedar kita manusia tidak dpt lari dari sumer ini,
lalu ku kutip semula satu persatu hati yg lama sudah berkecai,
ku susunkan semula bagai kaca yang pecah,
namun semua itu sia sia,
kerna manusia sebegini tidak pernah rasa puas...
hrmm ye tidak pernah rasa puas ...
dengan ape yang dia ada,
kehancuran teman jua yang di ingininya...

Duhai insan 'istimewa'....
mengapa aku sering kau sakiti...
mengapa aku jua yang kau duga...
dgn berbagai karenah mu,
tiap karenah mu ku tetap bersabar...
kerna ku tau tiap perbuatan ada balasan dari yg maha esa.

Sedarlah manusia,
kau lupa siapa dirimu,
terlalu kecik berbanding dia yang Maha Esa,
tidakkan kau merasa malu dengan perbuatan mu,
memalukan teman tanpa segan silu
hrm.....bersyukurlah engkau...
kerna aku masih memaafkan diri mu...
manusia dan dunia tidak dapat di pisahkan,
kenikmatan yang telah di beri tidak pernah kau hargai..
sungguh malang manusia serupa ini,
tidak mengenal erti bersyukur,

entahlah.....
aku hanya bleh berserah dan berdoa,
agar hati ku ini senantiasa tabah dengan segala karenah dunia,
yang selalu menyakitkan hati...

hasil karya : Tulipz

>> sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Dan sehingga hari ini aku masih tetap bersabar.....

Rabu, 4 Mac 2009

Surat Untuk A.K.U

Sekadar Gambar Hiasan

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri....
Yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya
Di atas segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
Cinta hakiki yang membuatmanusia melihat segalanya
Dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku...

Yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya,
Yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
Yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya...
Lalu...
Di ruang hatinya yang kelam
Merasa senang jika dilihat dan dipuji orang..
Entah di mana keikhlasannya...
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan....
Kerana....
Perkara yang dilakukan
Tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan...
Padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil...
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku....
Yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh..
Merasa dibebani bahkan terpaksa untuk
Menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan...

Kelelahan serta kepayahan yang dirasakan
Oleh seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku..
Yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu...
Serta membiarkan fitrahnya tertutup...
Oleh maksiat yang dinikmati...
Lalu di manakah kejujuran diletakkan?

Dan kini....
Terabailah sudah nurani yang bersih...
Saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka...
Saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia...
Saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan

Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku...
Yang sombong...
Yang terkadang bangga pada dirinya sendiri....
Sungguh tiada satupun
Yang membuat kita lebih di hadapanNya
Selain ketakwaan....
Padahal kita...
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa
Akan merasakan mati..
Namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan

Surat ini kutujukan untuk hatiku...
Yang mulai mati...
Saat tiada getar ketika asma Allah disebut...
Saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja...
saat tiada rasa takut padaNya
Ketika maksiat dilakukan...
Dan tiada merasa
Berdosa ketika menzalimi diri sendiri
Dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya....
meskipun sedikit..

Jangan biarkan cahaya itu padam..
Maka terus kumpulkan...
Cahaya itu hingga ia dapat menerangi
Wajah-wajah di sekeliling...
Memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah
Yang maha membolak-balikkan hati...
Tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu....
>> tetiba terlempar rasa sayu di hati dan betapa kerdilnya diri Di sisiNYA....

Ahad, 1 Mac 2009

Maia/Ratu -:: I.N.G.A.T K.A.M.U::-


Jom Layanz Lagu... Macam Best Plak..

Apakah Ini Namanya Cinta
Begitu Membingungkan
Aku Ini Sedang Jatuh Cinta
Kutanyakan Mengapa Hatiku
ResahHatiku Gundah Semuanya Jadi Serba Salah

Aku Mau Makan
Kuingat Kamu
Aku Mau Tidur
Juga Kuingat Kamu
Aku Mau Pergi Kuingat Kamu
Ooo Cinta Mengapa Semua Serba Kamu

Aku Sedang Bingung Kuingat Kamu
Aku Sedang Sedih Juga Ingat Kamu
Aku Sedang Bosan Kuingat Kamu
Ooo Cinta Inikah Bila Ku Jatuh Jatuh Cinta ...

Semua Tertawa Lihat Tingkahku
Menjadi Tak Menentu
Ini Salah Begitu Pun Salah
Kutanyakan Mengapa
Hatiku Resah,
Hatiku Gundah
Semuanya Jadi Serba Salah

Aku Mau Makan Kuingat Kamu
Aku Mau Tidur Juga Kuingat Kamu
Aku Mau Pergi Kuingat Kamu
Ooo Cinta Mengapa Semua Serba Kamu
Aku Sedang Bingung Kuingat Kamu
Aku Sedang Sedih Juga Kuingat Kamu
Aku Sedang Bosan Kuingat Kamu
Ooo Cinta Inikah Bila Ku JatuhJatuh Cinta...

Kucoba untuk cari jalan
Karena ku hilangkan semua bosan
Tapi kenapa wajahmu slalu
Datang mengganggu...

Apakah Ini Namanya CintaBegitu Membingungkan

http://www.youtube.com/watch?v=5IoD-uR-ryY

>> Lagu orang dilamun Cinta ni.. wowowo

Popular Posts

Anda Di awasi