Sekadar Renungan

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain, Tetapi Menjadi Diri Sendiri. Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi.
Jika "Dia" Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita
Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita..

My Beloved Friends

Jumaat, 27 Februari 2009

Dari DIA kita datang & kepada DIA kita Kembali

Kematian...
Perkara yang wajib dihadapi semua makhluk kejadian ALLAH S.W.T

Dan hari ini... tanggal 27/2/2009
Salah seorang Temanku kehilangan bonda yang tercinta
Aku doakan beliau tabah menghadapi
Dugaan ini...

Dan semoga beliau dapat menerima ketentuan ILLAHI
Dan redha atas apa yang telah terjadi...
Bersama ini aku sedekah AL-FATIHAH kepada arwah
Dan mendoakan semoga Arwah ditempatkan
Dikalangan orang2 yang solehah...
AMIN

-AL-FATIHAH

>> menginsafi diri dengan Qadha dan Qadar ALLAH

Sabtu, 21 Februari 2009

Jalan2 Cari Pasal@Mines Resort City

Sabtu...
Hari ni kan cuti
dalam erti kata lain tk keje le.....
So...
tetiba tercetus idea di minda..
Untuk jalan2 cari pasal
Kenapa pasal?
Pasalnya...
Cari pasal habis kan duit...(wawawawa)
Oleh sebab tk de kawan nk teman kan aku...(mungkinkah aku tiada kawan)
Ohhh....
Katakan TIDAK!! (macam kempen benti merokok plak) huhuhu
Aku pun ajak ler budak kicik kat bawah nih....
Bukan main kan dia...
Aku pun layan je le...
Amboi2 Cik Limah posing sakan noooo.....
Actually...
Niat di hati nk tgk movie..
Movie Upin & Ipin...
Tapi...
Nasib tak menyebelahi....
Tiket habissss.....
So..
jalan2 cari pasal pun bermula ler.....
Aku malas nk citer bebanyak...
Maybe photo kat bawah ni jer boleh terjemahkan...
Apakah aktiviti yang aku lakukan bersama budak kicik ini
antaranya adalah....
Jom layan...
Adegan 1 : Apapun Isi Perut Dulu

Adegan 2 : Intai2 si ikan di dalam air

Adegan 3 : Mines Crusie Water Taxi

Adegan 4 : Cik Limah Posing Sakan


da habis...

Jumaat, 20 Februari 2009

Jem Satu Badan

Hari ni aku ke Shah Alam
Untuk ape?
keje ler...
sambil menyelam minum air

Aku terperangkap dalam jem.....
selama lebih kurang 3 jam.....
Meh tgk photo kat bawah ni...


Signboard tu mengarah ke mana tu (shah alam ke kl ke?)


Bapak polisi sibuk2 aje (eh pesal bertukar sleng nih?)

Muka tension ngan Jem

Nak dijadikan cerita
Waktu balik..
ada la plak Polis nih
dan seangkatan dengan nya
Wat rajin la plak
Buat operasi Road Block (sekatan jalan rayalah)
Mesti sebab Kes Bedul larikan Tipah
Wat pe diorang sibuk2 wat road block kan

Apa lagi ...
Jem giler jalan...
sakit kaki aku....
badan aku....
pinggang aku....
Satu badan aku sakit (adakah aku sedang meluahkan perasaan huhuhu)
Aku sakit sape yang susah?
Aku jugak.....
Bukan polis tu... huhuhu

>> balik rumah terus pengsan tanpa disedari



Gambar ini sekadar hiasan


nota kaki : takkan aku nk letak gambar aku tgh pengsan. Nanti jadi macam kes Elizabert Wong la pulak kan... hihihi)

Rabu, 18 Februari 2009

ISO

International Standard Organization....

Aduh bile pk pasal ISO
mula la otak ni nak jem..
Apa lagi kalau jem..
Terpaksa la aku habiskan duit syiling aku untuk beli roti untuk sapu jem tu...
Puas pk ni...dengan ISO ni...

Sape plak la punya idea nak implement ISO kat kampeni aku ni (eh bukan kampeni aku)
baik punya ngaku kampeni sendiri...hik hik hik
kampeni tempat aku keje untuk mencari sesuap nasi minyak...

Dan Kini aku terpaksa la menyibukkan diri dengan ISO la plak
Dah dapat arahan dari bos aku yang Comey Lote tu

Apa lagi?
keje...
keje....
keje....
keje....



Agaknya kalau asik keje keje keje jer. Mesti terlentok seperti aksi di atas kan

>>> tahun ni kompom dapat anugerah pekerja cemerlang... mihahaha

Selasa, 17 Februari 2009

Facebook

Korang perasan tak...

Aku perasan skit2 jela. Takla banyak sangat. Bukan la perasan cantik ke apa. Tapi kan korang perasan tak selapas myspace dan fs now kini ramai yang macam kena demam Facebook.

Aku ada la terbaca petikan ni kat email. Meh kita pakat baca ramai2 lah...Petikan itu berbunyik begini.... Music plsssss
Sejak dilancarkan pada 4 Februari 2004, jejaring sosial facebook telah memikat jutaan hati penggunanya. Tidak kira dari peringkat pelajar sekolah, selebriti, hingga politisi, kini memiliki jejaring sosial facebook.
Berkat kemajuan teknologi, kini kita pun dapat memperbarui status facebook dan mengomentari foto setiap saat. Rasanya, kini seperti ada kekurangan sekiranya setiap hari tidak "log in" dan melakukan aktivitas "facebook-ing". Manfaat facebook bukan cuma untuk pergaulan, tapi juga platform untuk berkomunikasi, mencari pekerjaan, dan bertukar2 pendapat.
Sayangnya kegilaan facebook membuat banyak orang kini lebih banyak menghabiskan waktu dan mengabaikan kerja. Tidak hairan lah kini bagi syarikat yang mulai mengblok jaringan facebook di pejabat. Termasuk la kampeni aku. Padan muka semua orang.

Satu kajian dilakukan menunjukkan adanya kaitan antara facebook dengan meningkatnya angka perceraian di US dan Australia. Nah, apakah Anda termasuk dalam orang yang hidupnya mulai dikendalikan facebook? Semak 10 tanda berikut ini.
  • Facebook telah menjadi homepage internet di komputer atau laptop Anda.
  • Anda mengubah status lebih dari dua kali sehari dan rajin mengomentari perubahan status teman.
  • Daftar teman Anda sudah melebihi angka 500 orang dan setengahnya hampir tidak dikenal.
  • Bila sedang jauh dari komputer, Anda mencek facebook melalui BlackBerry, iPhone, atau ponsel pintar lainnya.
  • Rajin membaca profil teman lebih dari dua kali sehari, meski ia tidak mengirimkan pesan atau men-tag Anda di fotonya.
  • Anda mengubah profile foto lebih dari 12 kali.
  • Anda membaca artikel ini sambil mencek facebook.
  • Anda membersihkan "wall" agar terlihat sudah lama tidak masuk ke fb.
  • Anda menjadi anggota lebih dari 10 grup dan merespons setiap undangan meski sebenarnya tak berminat
  • Anda mengubah status hubungan hanya untuk meningkatkan popularitas di facebook.
sumber : email dan telah diedit

>>> aku tak demam facebook sebab tk ske.... hihihi


Ini la Cici & Cupi

Sekadar gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan petikan di atas

Ahad, 15 Februari 2009

BlogKU

Eh kenapa plak tetibe aku tercreate blog ni...
Aku pun tak tahu..
Mungkin sebab jari ni tetiba macam terpanggil nk menulis..
Actually bukan menulis..

tapi

menaip kut...huhuh
Lalu terkasil la blog ni.
Apapun apa yang bakal aku kongsi maybe la info or ape2 je aku terasa mahu memblogkannya (Betul ke ayat yang aku pakai ni)

apapun Lu pikir la sendiri....hehehe

Apa yang aku harapkan moga perkongsian ilmu or info di sini sesama la kita dapat memanfaatkan...
Apapun terima kasihlah sebab sudi membaca...
Dan sudi meluangkan masa/membuang masa di sini...
Layanz je la...

Selamat melayari.... :)

Sekadar gambar hiasan

Popular Posts

Anda Di awasi