Sekadar Renungan

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain, Tetapi Menjadi Diri Sendiri. Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi.
Jika "Dia" Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita
Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita..

My Beloved Friends

Sabtu, 9 Mei 2009

Hari Ibu

Sebagai renungan.....
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. . mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..! . mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil.... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

>>Selamat Hari ibu aku ucapkan pada my beloved mum zaleha… my marbeles ibu kamisah… Moga mummy and ibu dikurniakan kesejahteraan di bawah lindungnya.. dan sihat sejahtera AMIN…

Jumaat, 8 Mei 2009

HAPPY BDAY 080509

Sumber : internet

Hari ini 8hb Mei bersamaan dengan dengan hari Jumaat. Penghulu segala hari. 40 tahun lepas... pada tanggal ini lah seorang baby lelaki yang comel dilahirkan yang di beri nama Aris. kiuk kiuk kiuk...

So di sini aku ingin mengucapkan selamat hari Lahir to My Marbeles Bos. Sian dia. Tk de orang ingat ari ni birthday dia. Kwang kwang kwang.... Bunyi macam sedangkan meluahkan perasaan jerk... Heheheh Cian kan...

Moga bos dipanjangkan umor... dimurahkan rezeki, dikurniakan kesejahteraan di dunia dan akhirat AMIN.

iklas dari pekerja yang cemerlang kwang kwang kwang....

>> balik nak tido penat seh keje....

Jumaat, 1 Mei 2009

Admit@Ampang Putri

Photo Ihsan : Haime

Aku asik sakit2 jer now. Maybe sebab banyak keje. Atau bekerja terlebih dos. Yang membuatkan aku jatuh sakit. Sebab aku rasa macam aku ni boleh keje over dos. Rupanya tak ler….

Atau sakit sebab miss something kut…. Huhuhu

Apapun Alhamdulillah da sihat sekarang. Cuma perlu banyakkan rehat, kurangkan berfikir. Banyak fikirpun boleh merangsang otak kita menjadi hypertension. Jika keadaan tak terkawal boleh menyebabkan kondisi badan kita tak ketahuan jugak lah.

Mengikut nasihat doctor, kena banyakkan rehat. Jgn lupa makan ubat dengan teratur. Tido yang cukup. Makan yang sempurna… bla bla bla banyak lagi la nk pk apa doctor hensem tu cakap.

Apapun minggu depan perlu dapat rawatan lanjutan….

>> nk rest secukupnya….

Khamis, 30 April 2009

Critical Job

Photo Ihsan Dari : Haime

Sakit kepala bila pk pasal keje. Keje yang paling critical. Masalah yang tk dapat diselesaikan hamper setahun.
Giler kan bila citer pasal keje yang tk settle hamper setahun. Bos aku pun dah list down that job sebagai My Critical Job. Aduh ampun…..

But today..... im very hepi. Macam ada satu batu yang besar dikeluarkand dari kepala. Settle dah akhirnya.Kepenatan berulang alik naik tangga turun tangga.. acttually bukan tangga la.. lif... kwang kwang kwang... berulang alik dan berrdiskusi dengan pihak government. Lastly membuahkan hasil. Dapt meraih pengecualian cukai lebih RM100 Ribu. Dapat menjimatkan duit syarikat… Bagus. Moga2 dapat lah kami tahun ni bonus… muehhehehe

Bila cite pasal keje… Macam2 kan. Tah bila nk habis. Selagi masih idup kenala keje. Untuk mencari sesuap nasi… Apapun jika ada masalah… Tk perlu rasanya biarkan masalah tu membelenggu hidup… Jalani hidup seperti biasa dan biarkan masalah tu berlalu dengan angin… Boleh gitu? Muheheheh

Kadang kala cakap tu mudah tapi nk lalui tk seperti yang diucapkan kan? Apapun mohonlah kemudahan darinya agar kita dapat melaluinya dengan mudah… sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun kita pasti dapat selesaikannya….

>> malam ni nk tido puas2

Isnin, 27 April 2009

Elergik/Alahan

Makanlah Buah-Buahan Tempatan


Elergik!

Elergik ataupun 'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'.
Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Mati? Adeh....

Tetibe jer aku kseseluruhan badan aku gatal2 + bengkak. Da pegi doktor. Doktor mengesahkan aku alaha pada sesuatu. Dan aku sendiri tidak tahu ape benda yang aku alahan. Selama aku hidup aku makan apa saje. Termasuklah batu ngan besi.. Hehehe Jambu Batu & Belimbing Besi ler...

Dah jumpa doktor satu hal, sebeban ubat yang kena telan. Plus batuk2 yang tk henti. Penat dibuatknya (Adakah aku tgh meluahkan perasaan) Hehehehe

>> hari ini start keje... yang menimbun2... penat sehhh

Khamis, 16 April 2009

Hari ini

Har ini hari Khamis. Esok kan hari Jumaat. Jumaat tu Penghulu segala hari. Semua pun tahu tu kan. Cuma yang aku tahu hari ini. Aku punya la penat. Bukan penat sebab ape. Penat memikirkan keje yang tk settle. Bila keje yang tk settle ni. Macam nk bengang ngan semua orang. Hehehe. Rasa2nya ramai yang jadi mangsa aku dalam beberapa hari ni yang mana mereka2 yang tk komitet terhadap keje. Memang semua aku tembak. (Bukan tembak ngan senapang eh. Jgn salah faham plak)
Hari ini aku bengang lagi. Aku ke Kastam Diraja Malaysia HQ Kelana Jaya, KL. Mmg penat + bengang tahap Gaban Satria Hitam dah ni. Bengang dengan sorang perempuan kat sana ler. Macam tk efisyen langsung. (Hakikatnya mmg tk pernah efisyen)Kerana dia la aku terpaksa berulang alik rasanya dah hampir 300 eh bukan 3 kali kesana dek benda yang sama. Mana tak bengang. Aku bengang nih....

Tapi bila pk balik. Tak pelah. Dah keje.. hehehe nk buat macam mana kan. Mana ada masalah yang tk de jalan penyelesaiannya kan. Kecuali lah kalau kita lari dari masalah tu. So mmg takkan dapat selesai sampai biler2 pun.

*******

Pagi2 ni plak datang opis je. Tetiba ada sesuatu kat atas meja. Kalau Tuan or Puan or Cik or Encik yang terbaca pengumuman kat sini. Datang la semula ambil barang anda yang tercicir. By the way disebabkan kerana kesian kan keseoarangan so dia dah dapat kawan baru. Tapi kan entah2 ada orang sengaja nk kasi ke saje2 tinggal. Kalau nk kasi letak ler nama. Senangla aku nk ucap terima kasihkan... Tetapi kalau tertinggal jgn la plak memalu nk datang ambil balik.... Huhuhu

kalau wat peluk sedap nih

Dah ada couple dah...

Tgk tu... isk isk isk

>> malam ni nk tido lena....

Isnin, 13 April 2009

Hargai

Indahnya Ciptaan Tuhan

Jika diri tidak dihargai...
Sedih kan..

Kadang2 manusia ni...
Tah lah...
Tk tahu nk kelaskan yang bagaimana...
Jika kita tiada.. beriyer2 mahukan kita ada..
tapi bila kita ada didepan mata..

macam no meaning or tk de makna..
tk pernah nk menghargai..
tak pernah nak mengsyukuri...

bila ianya tiada... ianya hilang..
waktu tu barulah rasa kepentingan kehadiran seseorang tu...

Cuba kita kaji kisah dan teladan...
Hang Tuah yang dihukum mati oleh Sultan Melaka
Selepas Tuah tiada..
Ketika itu barulah Sultan nk memikirkan kepentingan serta kehadiran Tuah
Yang selama ni langsung tk ada peranan di matanya..

Begitulah manusia...
Ianya selalu..
Leka...
Alpa...
Lupa...

dengan nikmat yang dikecapi...
Dan kerna itu lah..
Allah sering menarik kembali nikmat yang diberi
kerana manusia ni jarang nk mengsyukuri...

Oh Manusia....
Hargailah apa yang kamu miliki sebelum apa yang kamu perolehi
Pergi membawa diri....

dan

Hilang menyepi......
so nak salahkan siapa? Seperti kata Nabil...
"Lu pikirlah sendiri...."

>> terkilan dengan sifat manusia yang berada sekeliling... paler plak berdenyut2 jerk...

Popular Posts

Anda Di awasi